KHASIAT BAWANG BESAR

  • Memakan bawang akan menurunkan tahap kolesterol yang tidak baik tetapi menaikkan tahap kolesterol yang baik.
  • Ia juga menurunkan tekanan darah, membantu menentang jangkitan, menghalang asma, mengurangkan risiko kanser, sebagai ubat batuk, melawaskan buang air kecil, haid dan menyingkirkan batu karang.
  • Bawang dicincang, dipanggang bersama madu lebah dan dimakan untuk merawat asma, batuk, sakit dada dan sesak nafas
  • Bawang ditumbuk lumat dan ditampal pada penyakit tapak kaki, dibahagian dada apabila sesak nafas, sakit perut dan sengatan serangga.
  • Bawang dihancurkan campur air limau dan diminum untuk menyingkirkan kahak, merawat bengkak anak tekak, senak perut dan reumatisme.
  • Bawang besar dapat membunuh baktera dalam mulut dengan mengunyah bawah besar mentah selama beberapa minit sahaja.

bawang-besar-bombay

Bawang besar atau bawang Bombay (dikenali sebagai bawang Bombay kerana bawang jenis ini telah dibawa oleh pedagang-pedagang yang berasal dari Bombay, India ke serata Asia) ialah sejenis sayuran bebawang yang telah wujud dan telah ditanam di Mesir semenjak 2,700 tahun dulu dan merupakan tanaman makanan penting yang digunakan kini. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari kawasan Asia Barat dan Asia Tengah dan kini telah di usahakan di seluruh dunia.

Pengeluaran bawang besar dunia pada tahun 2008 sebanyak 3.367 juta metrik tan dengan negara China sebagai pengeluar utama sebanyak 835,060 mt diikuti dengan Jepun (535,340 mt) dan Korea Selatan (523,439 mt). Negara lain yang banyak menanam bawang besar adalah New Zealand, Nigeria, Mexico, Tunisia, Korea Utara dan Ecuador. Di kalangan negara Asia tenggara, hanya Thailand (2,200 hektar setahun) dan Filipina (7,000 hektar setahun) yang banyak menanam bawang besar. Indonesia pula ada mula menanam tetapi ini tidak berlaku di Malaysia. Malaysia masih mengimport bawang besar iaitu sebanyak 150,000 – 250,000 mt setiap tahun.

Carian Terkini dari Google :

  • guna minyak urut mkg king untuk bengkak
  • khasiat bawang holland
  • Khasiat Bawang Putih Untuk Lelaki
  • vital bujang besarindonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

jangan-klik

 

 

AMARAN!!!

Laman web ini mengandungi artikel yang sesuai untuk yang sudah berkahwin sahaja. Dan ianya bertujuan untuk pendidikan dan promosi produk sahaja. Bagi yang tidak berkenaan, sila tutup laman web ini dengan segera. Kami tidak bertanggungjawab dengan salah-guna laman web ini.

Terima kasih.